hye guys..cheema here..welcome to my blog..harap korang enjoy wif my blog & feel free to drop your comment here..tq

Monday, August 15, 2011

Berkenalan jauh lebih mudah daripada cuba berpisah

Seksa kan bile kite cuba melupakan seseorang sedangkan org tu x boleh di lupakan. dia sentiasa bersama; di tmpat study/kerja, masa beli makanan/barang masak di kedai,  di dalam kelas malah di mana2 shj. lebih seksa kalau ada kenangan2 manis bersamanya... setiap kali cuba tok lupakan dia, akin rindu pula jadinya...huhuhu..mengapakah???


tu la hakikat hidup. Berkenalan itu jauh lebih mudah daripada cuba berpisah. Walaupun perkenalan memerlukan keberanian, kesabaran, kesungguhan tetapi perpisahan memerlukan jauh lebih banyak daripada semua itu. Kite kene berani untuk lupakan sedangkan kite memang tidak mampu untuk lupa..

Jika kt x mampu melupakannya,x usahlah melupakannya. Mengenang kebaikan seseorang atas nama ALLAH adalah jauh lebih baik berbanding membenci seseorang atas kejahatannya walaupun atas nama ALLAH.

“Tiada yang paling indah dalam hidup selain bersaudara denganmu, tiada yang lebih sakit selain berpisah denganmu, tiada yang lebih manis bila ada kenangan bersamamu, namun ada yang terbaik dalam memori hidupku kerana ada kebaikan dan pengorbananmu.” Hidup memang perlu toleransi sebab membenci itu menyakitkan jiwa, ia menyesakkan nafas dan membasmi bahagia. Sebaliknya menyayangi itu mengkayakan jiwa, melegakan nafas dan menjamin bahagia.

Namun, atas pelbagai sebab dan alasan, ada kalanya kita seolah-olah ‘wajib’ melupakan seseorang, bukan disebabkan dia itu tidak baik tetapi semata-mata kita tidak mampu lagi hendak mengingatinya. Setiap kali teringat hati terlalu kesal berpisah dengannya, jiwa rasa digarit-garit dengan garpu, maka tatkala ini adalah lebih baik menghilangkan semua memori dan membina kenangan baru...............

p/s:(Bersama: Dr. HM Tuah Iskandar Al-Haj)

No comments:

Post a Comment